﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯No Limit Skateboarding﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.9 (7 Ratings)﷯﷯1 Grab Today. 520 Total G
rabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯Proud Mommy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.3 (12 Ratings)﷯﷯1 Grab Today. 3238 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, April 24, 2009

sejarah hidupku...

hari rabu hari itu, 22 April 2009 , waktu tengah main 'chest hunt', hidungku tiba-tiba mengalir darah... pelik... tak pernah pun sebelum ni hidung teddy bear keluar darah... warnanya merah lah jugak... tapi darahnya tak pekat...cair jer... terkejut jugak teddy bear... mula-mula teddy bear ingatkan hingus cair rupa-rupanya bila tengah lap kat kain tu,baru teddy bera perasan itu darah... banyak jugak lah darah tu... lalu, teddy bear pun segera basuh darah tu... teddy bear tak tahu apa sebab keluar darah tu... mungkin sebab kurang air(tapi teddy bear minum air 10 gelas sehari) ataupun kurang buah(kali terakhir makan buah tiga bulan lepas sebab takde orang nak belikan buah atu belanja buah) atau keturunan(ini tak mungkin sebab hidung teddy bear tak darah selalu dan lagipun, baru first time)...

harap korang dapat bagitau apa sebab hidung ana darah...

Wednesday, April 22, 2009

pesta buku antarabangsa

hari sabtu yang lepas, teddy bear pergi pesta buku... tiap-tiap tahun memang macam tu pun. tak sah kalau tak pergi... macam tak sahnya solat kalau wudhu' tak ade... hehehe...

kat pesta buku tu, bukannya pergi lama pun macam tahun lepas...tahun lepas teddy bear pergi dari pukul 9pagi hingga 9malam...tapi teddy bear tetap solat tau!!! tahun ni teddy bear pergi dua jam aje sebab nak renew ana muslim punya langganan dengan asuh... pastu ada beli buku novel, buku pasal nik madiha dengan buku seerah nabawiyyah... best semuanya...

nak cerita apa lagi eh??? hmmm...xde idealah... oklah... setakat ini sahaja yang mampu ku lorekkan...

~THE END~

Friday, April 3, 2009

anaesis...

anaesis(anugerah kesenian islam)...
rasanya macam nak buat lagi sekali jer...bestlah...ana masuk pertandingan sajak...tapi dapat tempat keempat...rasa macam gembira ada...kesal pun ada...kesian pun ada...gembira sebab dapat rasa suasana pertandingan macam mana...kesal sebab waktu tengah bersajak tu lupa sikit-sikit...kesian sebab athifah sebenarnya nak masuk pertandingan ni...dia marah kat ana...ana tau...jelas terpancar kat muka dia...takpelah...lain kali ana kasi dia masuk pulaklah(ana ni macam merajuk jer)...

kelas ana banat dapat tajuk 'sains dan matematik dalam bahasa mat saleh...mana jati bangsa kita?'...susahlah jugak tajuk tu...tapi berkat idea bermas daripada rakan-rakan kelasku yang genius ini...sebuah skrip dan lagu yang menarik dapat dihasilkan...best persembahan kitorang...rugi siapa tak tengok...

lagu dia???nak dengar ke???yelah...ada dua lagu...

1-oh seronoknya belajar dalam bahasa inggeris(athifah,naily,khairunnisa)
mana ada. mana ada. bahasa melayu lagi best(solehah,adibah,ain)
bahasa inggeris, bahasa melayu,dua-dua sama je(kak izzati)
mana satu, mana satu, mana satu nak pilih(kak awatif)
pening kepala, pening kepala, pening kepala nak pikir(hanis)
ana rasa, ana rasa, bahasa cina lagi best(ana)
apa pulak, apa pulak yang korang merepek ni(a,n,k,s,a,a,)
#bahasa melayu
#bahasa inggeris
#(dijerit dengan serentak tiga kali)

2-ada sang ulat bulu,
punya kaki seribu,
siapa jumpa kakiku?(kakiku)

jikalau tak dapat,
terpaksa ku melompat,
dengan kaki seribu tolak satu.

kitorang dapat tempat kelima...tapi sebanarnya kitorang dapat top 3...huhuhu...tapi redha je lah...menang kalah tak penting...apa yang penting???kerjasama...kitorng rasa nak berlakon lagi sekali jer...bestlah...harap tahun depan pun ana macam ni jugak...