﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯No Limit Skateboarding﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.9 (7 Ratings)﷯﷯1 Grab Today. 520 Total G
rabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯Proud Mommy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.3 (12 Ratings)﷯﷯1 Grab Today. 3238 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, December 20, 2008

friends 4eva




Just when i thought i had to make it alone
You were right there by my side
Making a stand holding my hand, the way you do
Then to remind me of a "me and you"

When i'm with you all my fear dissappeares
if i reach i'll touch the sky
You've got my back, pick up my slack when i can't see
But nothing keeps me up like knowing we'll be

*Friends forever
face whatever
friends forever
yay! we're never gonna be apart

You and me we are so oddly the same
the way we think, the way we play
Right from the start, so off the chart, about this thing
But we didn't know at first that we were making

*Friends forever
bond together
friends forever
yeah! we'll always be there

Oh yes there also can be times that get rough
And all that can be said is "sorry"
That we were wrong and said some meaningless stuff
and we'll go on together through any nasty weather yeah!

*Friends forever
friends forever
bond together
friends forever
friends forever
friends forever
bond together
friends forever
face whatever
friends forever
bond together

Thursday, November 20, 2008

lawatan sambil belajar ke perak(hari kedua)

kami semua bangun untuk solat subuh.abang fasilitator mengetuk pintu kami banyak kali kerana menyangkakan kami masih lagi tidak bangun.sebenarnya teddy bear dah bangun cuma tertidur balik(hihihi).last-last hanis dan adawiyah yang kejutakan semua orang.cuma sorang je yang susah sangat nak bangun yaitu sakinah.kitorang semua dah kejut dia banyak kali dia tak bangun-bangun jugak.last-last kitorang kena denda sebab lambat nak pergi jogging kat taman.waktu kitorang turun bawah sebab nak pergi jogging,kitorang tengok semua aulad dah lama tunggu.aulad ni rajin jugak eh?teddy bear,adawiyah,hanis dan nadhirah pergi jogging dulu.nadiah dan nadhirah kena stay kat chalet sebab kena teman sakinah yang tengah solat subuh.

waktu kitorang jogging tu,bukannye jogging pun tapi banyak amik gambar.jogging tu kitorang lalu tasik,zoo taiping dan macam-macam lagi lah.kitorang jogging separuh jalan.ada satu tempat tu lepas zoo taiping,adalah gelongsor gergasi.semua orang pakat naik sama-sama sambil tu tangkap gambar.tahpape tah kitorang ni.gambar waktu tangkap gambar kat gelongsor gergasi ni lagi banyak daripada gambar kat tempat lain.sedang kitorang leka main gelongsor,tetiba aulad datang.jadi,aulad pulak rule de giant gelongsor.

lepas main gelongsor,kitorang main permainan ukhuwah.boleh tahan jugak lah game tu.tapi dulu teddy bear dah pernah main dah.kitorang siap dulu daripada aulad(aulad zaman sekarang mengalahkan banat zaman sekarang).jadi kitorang yang balik dulu kat inn.

balik daripada inn,kitorang kemas beg dan bilik awal-awal.pastu kitorang berkemas untuk mandi di kaki air terjun bukit larut.lepas dah habis bersiap,kitorang pun naik bas dan menuju ke destinasi seterusnya.

sampai kat sana,kitorang semua excited giler sebab dah tak sabar-sabar nak mandi air terjun.aulad mandi kat bawah jambatan manakala banat mandi kat tempat yang lagi jauh dan lagi best daripada aulad.mualimmah roslinee ada beli bola jadi kitorang adalah main ngan bola tu.kitorang ni terlalu baik hati sampai wat freeshow lagi.kitorang mandi selama sejam setangah dan lepas tu kitorang balik semula ke inn.tetapi,ketike di dalam bas,kamera hanis hilang.jadi,teddy bear pun beritahu driver bas.nasib baik waktu tu bas tak pergi jauh daripada tempat tadi.jadi,hanis,adawiyah dan mualim amnan pergi cari kamera hanis.pastu,nadhirah mintak sakinah barang dia.sakinah pun cari dalam bag adawiyah.tetiba nampak kamera hanis.pastu syakir pergi panggil diaorang.mujahid cakap:nasib baik semua banat tak bawak handphone dengan kamera.kalau tidak mesti semuanya hilang.jahatnye dia tu.tak faham perasaan orang lain.

sampai kat inn,kitorang memastikan yang takde barang tertinggal.lepastu kitorang menikmati makanan yang terakhir di inn tu.selesai menikmati makanan,kitorang ada sesi perpisahan,dapatlah sijil penyertaan.pastu kitorang naik bas.waktu dalam bas,semua orang sibuk tangkap gambar fasilitator-fasilitator tu.last-last semua orang kene turun dan amik gambar ramai-ramai.mula-mula teddy bear dan faiz tak masuk gambar.akhirnya kene paksa ngan mualmmah roslinee.hmmpphh...xsukanya kene tangkap gambar.selepas itu,kitorang naik bas dan membuat lambaian terakhir kepada fasilitator-fasilitator tu.

tamatlah ceritaku ini:)

Monday, November 17, 2008

lawatan sambil belajar al-amin bangi ke perak(hari pertama)

pada malam 8 nov 08 yang dingin,pelajar-pelajar yang menyertai lawatan dikumpulkan.sebanyak 8 orang banat dan lebih kurang 20 orang lebih aulad disertai dengan seorang muallim dan 5 orang muallimah menyertainya.sebelum bertolak,kami berkumpul di kantin untuk mendengar taklimat daripada guru-guru sekalian.kami juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan.pada pukul 12.30 pagi,kami pun menaiki bas ke perak.

di dalam perjalanan,di dalam bas,teddy bear langsung tidak boleh melelapkan mata.di sebelahku khadijah yasir tang sibuk bermesej dengan kawannya yang jauh,irdhina(biasalah.isi dengan kuku kan?)adawiyah dan hanis asyik melelapkan mata sahaja.sakinah dan nadhirah bergelak ketawa.nadiah nak berjaga tapi kadang-kadang tertidur.

teddy bear duduk sebelah khadijah yasir
adawiyah duduk sebelah mlmh
nadiah duduk sebelah hanis
sakinah duduk sebelah nadhirah

kami tiba di al-hidayah training and development(ipoh)pada pukul 5.30pagi.di sana kami menunaikan solat subuh.selepas itu kami menikmati sarapan pagi bersama-sama.sarapan pagi yang dihidangkan ialah nasi lemak.ramai yang tidak tahan dengan kepedasan nasi lemak itu.termasuklah teddy bear.tapi teddy bear masih lagi mampu tahan rasa pedas tu.

selepas itu kami mendengar taklimat daripada pengerusi al-hidayah training and development dan daripada ketua sekolah rendah islam al-hidayah.semua orang mendengar taklimat tersebut dengan penuh khusyuk.

selepas itu,kami semua bertolak ke kuala kangsar.kami melawat muzium sultan azlan shah dan macam-macam lagilah.selepas itu kami pergi ke tempat pemprosesan labu sayong.di sana kami dapat melihat dengan sendiri bagaimana tanah liat diproses dan akhirnya ditukar kepada labu sayong.

kami kemudiaanya makan tengahari dan solat zohor dan asar di sebuah masjid yang sangat besar.di sana kami bertemu dengan seorang budak yang sangat nakal.dia mencuri barang teddy bear,dia tarik tudung hanis,dia pukul teddy bear,adawiyah,sakinah dan nadiah padahal kami x kacau pun budak tu.apa yang kami tahu dia cakap mix melayu dan english.kitorang bengang gila dengan budak tu tapi tak sampai hati nak pukul.yalah.kitorang ni kan budak-budak yang baik.hehehe.

paklong(pengerusi al-hidayah training and development) kata nak belanja kitorang cendol waktu dekat pekan kuala kangsar.waktu teddy bear,adawiyah dan hanis berjalan ke tempat cendol tu,adalah sorang makcik tu cakap"inilah budak-budak sekolah islam tu.dorang ni mesti budak-budak yang baik kan?"bangganya hati kitorang waktu tu.

waktu makan cendol 2,ingatkan sedap,rupa-rupanya rasanya lagi lain daripada yang dekat selangor ni.teddy bear ni suka ke xsuka ke teddy bear makan sampai habis.tapi kawan teddy bear ada yang suruh habiskan dorang punya.jadi teddy bear pun makan sampai separuh.dekat2 dengan tempat cendol ni ada kedai.paklong kasi kitorang shopping.adawiyah shopping punyalah bersungguh-sungguh.orang lain pun sama.teddy bear dengan hanis jer tak tau nak beli apa.last-last kitorang beli pensil.

lepas tu kitorang bertolak ke taiping.kitorang menginap dekat casuarina inn.casuarina inn tu dekat dengan penjara taiping dan taman.bilik kitorang nombor 22.bilik tu betul-betul menyeramkan.tambahan pula nampak macam tak pernah orang lain masuk.lagi satu sebab sakinah.sakinah dia letak semua baju yang dah diseterika dari rumah kat dalam almari.lepas tu dia pergi tutup almari tu kuat-kuat.beberapa saat lepas tu almari tu terbukak sendiri.sakinah menjerit nadiah pun menjerit,lepas tu adalah lagi orang menjerit(teddy bear tak jerit sebab teddy bear tak suka menjerit ketakutan).lepas tu kitorang solat maghrib dan asar berjemaah.selepas itu kitorang pun turun makan.

pastu kitorang ada aktiviti bermuhasabah diri.adalah dia nak sedar-sedarkan kita.ramai yang tertidur waktu itu.pastu kitorang pun masuk bilik tidur.teddy bear,hanis,khadijah,nadhirah dan adawiyah dah masuk-masuk bilik terus tidur.tapi,sakinah dengan nadiah tak tidur lagi.dorang dengar lagu.mengganggu orang nak tidur je dorang ni.pastu semua orang tidur mati.

maka tamatlah lawatan sambil belajar ke perak bahagian satu:)

Sunday, November 16, 2008

my secret scratch











Make a Scratch Ticket


arrggghhh!!!!!cuti sklh

skrg ni dah masuk cuti sekolah.cuti sekolah lah yang ramai pelajar tertunggu-tunggu.tetapi tidak bagi saya.uwaaaa.....uwaaaa....bosannye cuti sekolah ni...dahlah kena duduk rumah jer sebab ayah teddy bear kena appendix...kat rumah pulak tiap-tiap hari asyik aktiviti yang sama jer...bangun tidur,masuk tandas,makan,solat,tidur,main,internet,tengok tv,tido...waa...dahlah teddy bear ni jenis rindukan kawan-kawan daripada keluarga...kawan-kawanku,ku rindukan kalian!!!dahlah semua berterabur tahun depan...ada kat SMIAAB,ada kat kelantan,ada kat terengganu,ada kat overseas lah and macam-macam lagilah...i miss u my friends:

adawiyah hanin bt hj pozlan

durrah athirah bt walid

siti jazmeena bt jamal

nurul ruwaidah bt saadon

solehah bt badrol

siti irdhina sofea bt ahmad fathi

aqilah bt hatta

nabihah bt zaharuddin

hanis bt salleh

khadijah bt hassan

sundus bt ahmad faridz

amirah bt hakim

aimi farzana bt shaidin

farah auni bt hisham

naimah bt zamani

p/s:sori klu silap eja nama:)