﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯No Limit Skateboarding﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.9 (7 Ratings)﷯﷯1 Grab Today. 520 Total G
rabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯Proud Mommy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.3 (12 Ratings)﷯﷯1 Grab Today. 3238 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, November 17, 2008

lawatan sambil belajar al-amin bangi ke perak(hari pertama)

pada malam 8 nov 08 yang dingin,pelajar-pelajar yang menyertai lawatan dikumpulkan.sebanyak 8 orang banat dan lebih kurang 20 orang lebih aulad disertai dengan seorang muallim dan 5 orang muallimah menyertainya.sebelum bertolak,kami berkumpul di kantin untuk mendengar taklimat daripada guru-guru sekalian.kami juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan.pada pukul 12.30 pagi,kami pun menaiki bas ke perak.

di dalam perjalanan,di dalam bas,teddy bear langsung tidak boleh melelapkan mata.di sebelahku khadijah yasir tang sibuk bermesej dengan kawannya yang jauh,irdhina(biasalah.isi dengan kuku kan?)adawiyah dan hanis asyik melelapkan mata sahaja.sakinah dan nadhirah bergelak ketawa.nadiah nak berjaga tapi kadang-kadang tertidur.

teddy bear duduk sebelah khadijah yasir
adawiyah duduk sebelah mlmh
nadiah duduk sebelah hanis
sakinah duduk sebelah nadhirah

kami tiba di al-hidayah training and development(ipoh)pada pukul 5.30pagi.di sana kami menunaikan solat subuh.selepas itu kami menikmati sarapan pagi bersama-sama.sarapan pagi yang dihidangkan ialah nasi lemak.ramai yang tidak tahan dengan kepedasan nasi lemak itu.termasuklah teddy bear.tapi teddy bear masih lagi mampu tahan rasa pedas tu.

selepas itu kami mendengar taklimat daripada pengerusi al-hidayah training and development dan daripada ketua sekolah rendah islam al-hidayah.semua orang mendengar taklimat tersebut dengan penuh khusyuk.

selepas itu,kami semua bertolak ke kuala kangsar.kami melawat muzium sultan azlan shah dan macam-macam lagilah.selepas itu kami pergi ke tempat pemprosesan labu sayong.di sana kami dapat melihat dengan sendiri bagaimana tanah liat diproses dan akhirnya ditukar kepada labu sayong.

kami kemudiaanya makan tengahari dan solat zohor dan asar di sebuah masjid yang sangat besar.di sana kami bertemu dengan seorang budak yang sangat nakal.dia mencuri barang teddy bear,dia tarik tudung hanis,dia pukul teddy bear,adawiyah,sakinah dan nadiah padahal kami x kacau pun budak tu.apa yang kami tahu dia cakap mix melayu dan english.kitorang bengang gila dengan budak tu tapi tak sampai hati nak pukul.yalah.kitorang ni kan budak-budak yang baik.hehehe.

paklong(pengerusi al-hidayah training and development) kata nak belanja kitorang cendol waktu dekat pekan kuala kangsar.waktu teddy bear,adawiyah dan hanis berjalan ke tempat cendol tu,adalah sorang makcik tu cakap"inilah budak-budak sekolah islam tu.dorang ni mesti budak-budak yang baik kan?"bangganya hati kitorang waktu tu.

waktu makan cendol 2,ingatkan sedap,rupa-rupanya rasanya lagi lain daripada yang dekat selangor ni.teddy bear ni suka ke xsuka ke teddy bear makan sampai habis.tapi kawan teddy bear ada yang suruh habiskan dorang punya.jadi teddy bear pun makan sampai separuh.dekat2 dengan tempat cendol ni ada kedai.paklong kasi kitorang shopping.adawiyah shopping punyalah bersungguh-sungguh.orang lain pun sama.teddy bear dengan hanis jer tak tau nak beli apa.last-last kitorang beli pensil.

lepas tu kitorang bertolak ke taiping.kitorang menginap dekat casuarina inn.casuarina inn tu dekat dengan penjara taiping dan taman.bilik kitorang nombor 22.bilik tu betul-betul menyeramkan.tambahan pula nampak macam tak pernah orang lain masuk.lagi satu sebab sakinah.sakinah dia letak semua baju yang dah diseterika dari rumah kat dalam almari.lepas tu dia pergi tutup almari tu kuat-kuat.beberapa saat lepas tu almari tu terbukak sendiri.sakinah menjerit nadiah pun menjerit,lepas tu adalah lagi orang menjerit(teddy bear tak jerit sebab teddy bear tak suka menjerit ketakutan).lepas tu kitorang solat maghrib dan asar berjemaah.selepas itu kitorang pun turun makan.

pastu kitorang ada aktiviti bermuhasabah diri.adalah dia nak sedar-sedarkan kita.ramai yang tertidur waktu itu.pastu kitorang pun masuk bilik tidur.teddy bear,hanis,khadijah,nadhirah dan adawiyah dah masuk-masuk bilik terus tidur.tapi,sakinah dengan nadiah tak tidur lagi.dorang dengar lagu.mengganggu orang nak tidur je dorang ni.pastu semua orang tidur mati.

maka tamatlah lawatan sambil belajar ke perak bahagian satu:)

2 comments:

Anonymous said...

salah la, teddy bear...
bukan 'paklong', tp 'paksu' lah...

SonO riAru WatAshI-wa said...

oops...
sorry...
my fault...
tersilap tulis...
hehehe...